Saturday, April 25, 2009

my first time

Di pagi yang hening seawal jam 7.20 pg aku bertolak dr rumah menuju ke seksyen 9 utk menduduki ujian muet.... sewaktu dalam perjalanan aku terlihat sebuah kereta yang mana telah hilang kawalan datang dr arah bertentangan dalam keadaan hilang kawalan melanggar tiang lampu dan melepasi pembahagi jalan masuk ke lorong yang aku lalui. Semua pemandu yang melalui lorong tersebut brek mengejut termasuk aku kerana khuatir dilanggar oleh kereta tersebut. Tiba2 sebuah pick up telah melanggar bahagian sisi kereta yang telah hilang kawalan itu dan kereta itu berhenti dengan serta- merta. Tiada nyawa yang terkorban dan kereta itu dalam keadaan yang agak teruk. Satu tiang lampu telah rebah ke bumi.
Kepada semua pengguna jalan raya berhati hatilah ketika memandu.
Ingatlah orang yang tersayang :)

Helmet ku sayang


Semalam helmet KHI ku berwarna matt black telah bertukar menjadi helmet apollo ms 88. Aku keliru adakah helmet ku telah disumpah menjadi apollo ms 88. hahaha
kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pm hingga 11.00 pm.
kepada kawan2 jangan kunci helmet di bawahtempat duduk motor anda........... Bahaya!!!